BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Friday, October 2, 2009

Sekolah Angkat PPDa Peringkat Kebangsaan

Tahniah kepada Warga SMK Seri Jempol kerana sekolah kita telah dipilih sebagai Sekolah Angkat AADK Negeri Sembilan ke Peringkat Kebangsaan.

Sekolah kita telah mewakili Jempol ke peringkat N Sembilan dan antara 8 sekolah Negeri Sembilan yang dipilih ke peringkat Kebangsaan.

Thursday, October 1, 2009

LAGU SEKOLAH SMK SERI JEMPOL

Lagu Sekolah


Indahnya oh sekolahku,
SMK Seri Jempol
Tempat belajar
menuntut ilmu
Disanjung dan dipuja
Guru ikhlas dedikasi
Berbakti tiada batasnya
Mendidik insan berkualiti
ke arah hidup sejahtera
Kami sentiasa berusaha
Ke puncak jaya dicitakan
Berkerjasama seluruh warganya
Mencapai hasrat wawasan
Sekolahku yang tercinta
Terbilang di persada negara
Etika tinggi prestasi cemerlang
Berilmu berbakti gemilang




oLEH: AMIRAH 1A

Sejarah SMK Seri Jempol

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Serting (F) telah ditubuhkan pada Januari 1998.Pengetua pertama ialah Tn. Hj. Kamarudin bin Ibrahim. Guru-guru Penolong Kanan ialah En. Md. Nazri bin Hassan (GPK 1), Puan Rohani bt. Daharun, (GPK HEM) dan Pn. Anis Suraza bt. Sued (GPK Kokurikulum).

Jumlah kelas yang ditubuhkan ialah 8 kelas tingkatan satu. Jumlah guru seramai 23 orang, jumlah pelajar seramai 320 orang. Sekolah Menengah Kebangsaan Serting (F) menumpang di SK Serting 3 selama 3 tahun dan 10 bulan. Pada bulan Mac 2000, Tn. Hj. Kamarudin b. Ibrahim telah berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Kuala Kluang. Tempat beliau telah diganti oleh Tn. Hj. Ibrahim b. Idrus.

Sekolah Menengah Kebangsaan Serting (F) mempunyai pelajar seramai 961 orang, 55 orang guru, 5 kakitangan pejabat, 1 pembantu makmal, 4 pekerja sambilan dan 4 jaga sambilan. Jumlah kelas yang ada dan digunakan ialah 350 buah kelas. Mulai 5 Mei 2004 sekolah ini dikenali sebagai SMK Seri Jempol.Pada 16 Ogos 2004, Tn. Hj. Ibrahim b. Idrus telah bertukar ke SMK Bandar Baru Serting dan jawatan pengetua SMK Seri Jempol telah disandang oleh Puan Hajah Saniah bt. Hj. Mohd Tahir .

Walau bagaimanapun setelah kira-kira 1 tahun 6 bulan menerajui SMK Seri Jempol, beliau telah pergi ke rahmatullah pada 3 Februari 2006.Mulai 16 Mac 2006, SMK Seri Jempol telah menerima seorang pengetua baru iaitu Tuan Haji Mohd Som b. Abdul Hamid.



oLEH: aIDIL 1A

Memori Indah 2, Minggu Orentasi Ting 1, 09

Kenangan mengusik jiwa sepanjang minggu orentasi, masih segar dalam ingatan.

Cikgu Tengku Rosmini sedang mengagihkan buku teks kepada pelajar ting. 1.


Cikgu Norafiza sedang memberi taklimat di Bilik Utiliti.










Oleh: Salsabila 1A.

Memori Indah Minggu Orentasi Ting 1, 09

Kenangan kita sama-sama sepanjang minggu orentasi tingkatan 1.

Inilah pertama kali aku menjejakkan kaki ke SMK Seri Jempol. Macam2 rasa; takut, malu, macam budak2 kecil berlari-lari, bergurau-gurau pastuu...kena marah.













Oktober, 2009 kami dah 10 bulan berada di SMK Seri Jempol.


Hari nii kami rasa ok jugak. Syukur dan terima kasih kepada Allah, ibu bapa kami, guru2 kami serta abang dan kakak yang telah memberi tunjuk ajar sepanjang saya berada di sini.
Oleh: Shafiqa 1A.

Perjumpaan Mingguan Tingkatan 1

Tarikh: 2 Oktober, 2009
Hari: Jumaat
Masa: 3.00 -4..30 petang
Tempat: Kantin SMK Seri Jempol
PEMBERITAHUAN

Kepada
  1. Semua Pelajar Tingkatan 1
  2. Semua Ibubapa Tingkatan 1


Perjumpaan Mingguan akan berjalan seperti biasa. Semua pelajar tingkatan 1 dikehendaki hadir pada petang ini.

Harap maklum.

Terima kasih di atas kerjasama tuan/puan.


'BEKERJASAMA MENJAGA KESELAMATAN ANAK-ANAK KITA.'

Oleh: Fazli 1A


Sunday, September 20, 2009

Program Tadarrus dan Majlis Khatam Al-Quran SMK Seri Jempol




Tahniah kepada pelajar tingkatan 1/09 kerana anda telah terlibat menjayakan Program Tadarrus dan Majlis Khatam Al-Quran SMK Seri Jempol yang dianjurkan oleh Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda dan Rakan Muda Sekolah.




Tarikh: 15 September, 2009


Masa: 9.00 pagi


Tempat: Dewan Terbuka SMK Seri Jempol


Disempurkan oleh: YB Dato' Haji Lilah bin Hj Yassin, Ahli Parlimen Jempol