BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 1, 2009

Sejarah SMK Seri Jempol

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Serting (F) telah ditubuhkan pada Januari 1998.Pengetua pertama ialah Tn. Hj. Kamarudin bin Ibrahim. Guru-guru Penolong Kanan ialah En. Md. Nazri bin Hassan (GPK 1), Puan Rohani bt. Daharun, (GPK HEM) dan Pn. Anis Suraza bt. Sued (GPK Kokurikulum).

Jumlah kelas yang ditubuhkan ialah 8 kelas tingkatan satu. Jumlah guru seramai 23 orang, jumlah pelajar seramai 320 orang. Sekolah Menengah Kebangsaan Serting (F) menumpang di SK Serting 3 selama 3 tahun dan 10 bulan. Pada bulan Mac 2000, Tn. Hj. Kamarudin b. Ibrahim telah berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Kuala Kluang. Tempat beliau telah diganti oleh Tn. Hj. Ibrahim b. Idrus.

Sekolah Menengah Kebangsaan Serting (F) mempunyai pelajar seramai 961 orang, 55 orang guru, 5 kakitangan pejabat, 1 pembantu makmal, 4 pekerja sambilan dan 4 jaga sambilan. Jumlah kelas yang ada dan digunakan ialah 350 buah kelas. Mulai 5 Mei 2004 sekolah ini dikenali sebagai SMK Seri Jempol.Pada 16 Ogos 2004, Tn. Hj. Ibrahim b. Idrus telah bertukar ke SMK Bandar Baru Serting dan jawatan pengetua SMK Seri Jempol telah disandang oleh Puan Hajah Saniah bt. Hj. Mohd Tahir .

Walau bagaimanapun setelah kira-kira 1 tahun 6 bulan menerajui SMK Seri Jempol, beliau telah pergi ke rahmatullah pada 3 Februari 2006.Mulai 16 Mac 2006, SMK Seri Jempol telah menerima seorang pengetua baru iaitu Tuan Haji Mohd Som b. Abdul Hamid.



oLEH: aIDIL 1A

0 comments: