BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Penyelaras Ting 2/2010 Encik Sulaiman mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin kepada pengetua, guru pen kanan, ketua bidang, guru cemerlang, semua guru dan staff serta pelajar tingkatan 2.

Friday, June 4, 2010

Thursday, May 6, 2010

PROGRAM KECEMERLANGAN TINGKATAN 2

PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010


Pengenalan:

Pencapaian Peperiksaan PMR Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jempol berada pada landasan yang betul. Kuantiti pelajar yang lulus semakin meningkat. Walaubagaimanapun pencapaian peperiksaan akhir tahun tingkatan 1 2009 daripada aspek kualiti tidak begitu memberangsangkan. Menyedari hakikat ini, Penyelaras Tingkatan 2 dengan kerjasama pihak pengurusan sekolah mengambil inisiatif untuk mengadakan Program Kecemerlangan Tingkatan 2 persediaan peperiksaan pertengahan tahun 2010 untuk melonjakkan peningkatan kualiti dan kuantiti. Diharapkan dengan usaha memecahkan ruyung ini maka kita akan mendapatkan sagunya dalam keputusan peperiksaan pertengahan tahun seterusnya peperiksaan akhir tahun 2010.

Rasional:

Setiap hari apabila pelajar balik dari sekolah biasanya akan menghabiskan masa tanpa melakukan aktiviti ulangkaji terutama bagi pelajar dari kelas pertengahan dan kelas hujung. Mereka hanya menyiapkan kerja sekolah yang dibekalkan oleh guru sahaja. Selain itu, hanya sebilangan kecil sahaja pelajar menghadiri kelas tuisyen di luar sekolah. Aktiviti luar sekolah juga seperti mengikuti latihan dan pertandingan dalam permainan dan sukan telah mencuri masa pelajar . Hal ini telah menyebabkan pelajar keletihan dan ketinggalan dalam topik yang sedang diajar. Program Kecemerlangan Tingkatan 2 Persediaan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 diharapkan dapat membantu pelajar tingkatan 2 akan lebih bersedia, bersemangat dan memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan nanti.

Objektif:

Membantu mengisi masa lapang pelajar dengan perkara berfaedah.
Mengulangkaji topik yang telah diajar.
Meningkatkan kuantiti dan kualiti dalam peperiksaan pertengahan tahun nanti.



Tema: Kecemerlangan di Puncak Jaya
Tarikh: 10hb. Hingga 21hb. Mei, 2010 (8 hari)
Masa: 3.45 ptg – 5.30 petang ( 1jam 30 minit)
Tempat: Dewan Terbuka SMK Seri Jempol
Sasaran: Semua Pelajar Tingkatan 2 (5 kelas, 2A, B, C, D dan E)
Kaedah: Pembelajaran secara kumpulan


Ahli Jawatan Kuasa
Penasihat: Puan Hajah Norlida bt Jantan
Pengetua SMK Seri Jempol

Pengerusi: Puan Faridah bt Sulan
GPK Akademik

Setiausaha: En Sulaiman bin Malik
Penyelaras Tingkatan 2








TENTATIF PROGRAM:


ISNIN
10 Mei, 2010
3.45-5.30 ptg Bahasa Melayu

SELASA
11 Mei, 2010
3.45-5.30 ptg Bahasa Inggeris

RABU
12 Mei, 2010 Aktiviti Kokurikulum

KHAMIS
13 Mei, 2010
3.45-5.30 ptg Matematik

JUMAAT
14 Mei, 2010
3.00-5.30 ptg Sains









MINGGU KEDUA
ISNIN
17 Mei, 2010
3.45-5.30 ptg Sejarah

SELASA
18 Mei, 2010
3.45-5.30 ptg Geografi

RABU
19 Mei, 2010
12.40-5.00 ptg KEM BESTARI SOLAT/KemBEST 2010 Fasa 2

KHAMIS
20 Mei, 2010
3.45-5.30 ptg Pendidikan Islam

JUMAAT
21 Mei, 2010
3.00-5.30 ptg Kemahiran Hidup Bersepadu






Anggaran Belanjawan: Tiada
Program dilaksanakan secara percuma

Strategi Perlaksanaan:
1. Kehadiran pelajar diambil mengikut kelas
2. Pembahagian kumpulan mengikut kelas
3. Guru penyelaras member taklimat
4. Guru mata pelajaran membimbing kumpulan pelajar
5. Pelajar membuat nota ringkas/padat
6. Pelajar menjawab soalan latihan secara terancang
7. Rakan membimbing rakan
8. Sesi soal jawab

Penutup:


Kejayaan program ini amat bergantung pelajar dan sokongan semua guru. Adalah diharapkan dengan perlaksanaan program ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan pencapainan dalam peperiksaan nanti. Insya Allah usaha yang tidak seberapa ini dengan keikhlasan dihati pelajar dan guru akan membawa keberkatan dan seterusnya dapat merealisasikan hasrat mencapai 80% kelulusan penuh semua mata pelajaran. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.



Di sediakan oleh

( SULAIMAN BIN MALIK)
Penyelaras Tingkatan 2

KAJI SELIDIK BAGI MENAMBAH BAIK PROGRAM SEKOLAH

Soal selidik dilakukan kepada semua peserta program yang bertujuan untuk meningkat dan menambah baik program sekolah pada masa akan datang. Kajian dilakukan dari segi;



1. Makluman kepada pelajar dengan jelas sebelum program.

2. Makluman kepada semua guru disampaikan dengan jelas

3. Mesyuarat perlaksanaan telah disempurnakan

4. Persiapan Tempat yang disediakan

5. Majlis perasmian telah disempurnakan




FASA 1

6. Jamuan tengah hari

7. Solat Zuhor berjemaah

8. Slot 1 telah mencapai objektif

9. Slot 2 berjaya dilaksanakan dengan baik

10. Kuiz Fasa 1

11. Solat Asar berjemaah

12. Minum petang




FASA 2

13. Jamuan tengah hari

14. Solat Zuhor berjemaah

15. Slot 3 telah mencapai objektif


Slot 4 berjaya dilaksanakan dengan baik

16 Kuiz Fasa 2

17. Solat Asar

18. Minum petang




UMUM

19. Kesesuaian bayaran dengan kualiti dan kuantiti makanan yang disediakan

20. Kesesuaian menu yang disaji

21. Pendapat saya kaedah kumpulan amat sesuai

22. Program ini telah disempurnakan dengan baik dan telah memberi banyak faedah kepada pelajar

23. Saya amat bersetuju program seperti ini dilaksanakan pada masa akan datang

KEM BESTARI SOLAT TINGKATAN 2

KEM BESTARI SOLAT (KemBEST 2010) telah disusun dan dilaksanakan khas untuk pelajar tingkatan 2. Semua pelajar tingkatan 2 yang beragama Islam WAJIB menyertai program tersebut.

Tarikh: 5hb Mei, 2010 (Rabu) FASA 1
19hb. Mei, 2010 (Rabu) FASA 2
Masa: 12.00 tengah hari hingga 5.00 petang
Tempat: Surau SMK Seri Jempol
Perasmian oleh: En Zianal bin Abu, YDP PIBG
Pendaftaran: RM14
Makan tengah hari dan minum petang disediakan.

Monday, April 26, 2010

Hari Anugerah 2009

Syabas dan Tahniah kepada pelajar tingkatan 2 yang telah memperolehi keputusan cemerlang semasa tingkatan 1 tahun 2009.

Kepada semua guru yang mengajar pelajar tingkatan 1 diucapkan terima kasih dan tahniah di atas kejayaan anda mendidik pelajar tingkatan 1 yang telah berjaya dalam peperiksaan akhir tahun lepas.

Program Hari Anugerah 2009 akan disempernakan oleh

YB Dato' haji Lilah bin Haji Yassin
Ahli Parlimen Jempol

Pada: 27hb. April, 2010
Hari: Selasa
Jam: 3.00 petang
Tempat: Dewan Terbuka SMK Seri Jempol

Friday, January 15, 2010

AL-FATIHAH, SMK SERI JEMPOL

Semua warga SMK Seri Jempol telah kehilangan seorang warga sekolah apabila seorang pelajar telah kembali ke rahmatullah selepas maghrib semalam

Pada: 15hb. Januari, 2010
Hari: Jumaat
Akibat sakit: asma.
Nama: Mohd Fais Asyraf bin Fajar Ikhwan
Tingkatan: 1A

Akan selamat dikebumikan pada 16hb. Januari, 2010.

Semoga rohnya dilimpahkan kurnia dan ditempatkan ke dalam golongan orang-orang beriman.Amin.

Seluruh warga sekolah mengucapkan takziah pada keluarga arwah.
0 comments

Saturday, January 9, 2010

TIPS MENGULANGKAJI PELAJARAN

PENGERTIAN DAN KEPENTINGAN

Mengulangkaji pelajaran serta Bagaimana dan Bila ulangkaji harus dimulakan. Pengertian MengulangkajiMengulangkaji adalah suatu proses mempelajari atau menyemak semula dengan tujuan memahami dan mengingat semua maklumat serta fakta dari nota-nota ringkas bahan-bahan pelajaran yang telah anda pelajari sebelum ini. Ia bukannya bertujuan mendapatkan maklumat-maklumat baru.

BAGAIMANA MENGULANGKAJI?

Antara perkara-perkara yang anda harus lakukan dalam proses mengulangkaji adalah:

  1. Membaca dan menyemak nota-nota bahan-bahan pelajaran sambil melengkapkan yang kurang. Ini akan memantapkan kefahaman dan ingatan anda terhadap subjek berkenaan.
  2. Membaca buku teks. Tujuannya untuk memastikan anda benar-benar faham setiap prinsip, isu dan fakta yang dimuatkan.
  3. Menjawab soalan-soalan latihan atau kerja rumah yang guru berikan. Ini akan membolehkan anda menguji kebolehan anda menjawab soalan yang sama dalam peperiksaan.
  4. Mengkaji contoh-contoh jawapan peperiksaan tahun lepas bersama skima jawapan. Ini akan membolehkan anda membiasakan diri menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan lebih yakin dan pantas.
  5. Menjawab soalan-soalan yang berbentuk objektif. Ini akan membolehkan mengetahui soalan-soalan yang anda sudah tahu menjawabnya dan soalan-soalan yang mengelirukan agar semasa peperiksaan jika soalan yang sama keluar, anda akan dapat menjawab dengan yakin.
  6. Bersoal jawab bersama-sama rakan. Selain ini membolehkan anda mengenalpasti sama ada anda sudah cukup bersedia atau tidak menghadapi peperiksaan, pada masa yang sama, anda juga boleh mendapat penjelasan tentang bahagian-bahagian yang anda kurang faham dari rakan anda yang mungkin sudah menguasai bahan pelajaran itu.


TEMPOH MENGULANGKAJI (Pecutan Akhir)


Adalah mustahil untuk menyatakan dengan tepat jumlah masa yang perlu diperuntukkan untuk mengulangkaji kerana kemampuan seseorang itu berbeza. Ada pakar yang mengatakan bahawa masa mengulangkaji perlu dilakukan selama 3 bulan. Ada pula yang berpendapat selepas peperiksaan percubaan kerana anda telah menamatkan tempoh belajar bagi menghadapi peperiksaan percubaan. Yang lain pula mengatakan selama 3 minggu. Ada juga yang berpendapat mengulangkaji secara ringkas setiap minggu akan menambahkan keyakinan seseorang itu menghadapi peperiksaan. Tetapi, sebagai panduan, 6 hingga 8 minggu di saat terakhir peperiksaan merupakan tempoh yang baik untuk memulakan proses mengulangkaji. Namun, bagi pelajar yang lemah hendaklah proses mengulangkaji pecutan akhir ini dibuat lebih awal daripada yang disarankan di atas.
Anda mungkin perlu membuat ulangkaji beberapa kali sehinggalah anda benar-benar dapat menguasai setiap mata pelajaran anda.


MERANCANG PROGRAM MENGULANGKAJI.

  1. Buat jadual ulangkaji yang seimbang bagi tiap-tiap mata pelajaran. Jadualkan juga masa berehat untuk mengurangkan ketegangan. Dalam mengulangkaji pelajaran, anda hendaklah berehat setiap 20 hingga 30 minit. Waktu rehat sekurang-kurangnya 5 minit.
  2. Tumpukan pada topik utama sahaja. Tanya guru anda untuk mendapatkan "hint" (bayangan) tentang topik yang mungkin akan disoal di dalam peperiksaan.
  3. Semak contoh-contoh soalan tahun-tahun yang lalu supaya anda dapat menjangka bentuk jawapan yang diperlukan.
  4. Ulangkaji dengan cermat setiap mata pelajaran.
  5. Sediakan nota-nota ringkas, terutamanya bagi topik yang dijangka akan keluar.
  6. Buat rangka jawapan topik-topik yang dijangka keluar berdasarkan soalan-soalan peperiksaan yang lepas.
  7. Latih diri anda menjawab soalan-soalan peperiksaan yang lepas mengikut waktu yang telah ditetapkan.
  8. Rujuk kepada guru apabila menghadapi masalah berhubung dengan pelajaran.
  9. Jangan sekali-kali ponteng kelas ketika hampir peperiksaan. Anda mungkin tertinggal tip-tip penting yang diberikan oleh guru atau pensyarah anda.

MENGULANGKAJI PELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN YANG LEMAH

  • Cuba sedaya upaya kuasai mata pelajaran ini. Jangan berputus asa.
  • Banyakkan bertanya kepada guru atau rakan tentang mata pelajaran ini.


MENGULANGKAJI PELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN YANG ANDA KUASAI

  1. Jangan ambil mudah walaupun anda fikir sudah menguasainya.
  2. Beri masa yang secukupnya kepada pelajaran ini untuk memastikan kejayaan anda.
  3. Bila hampir hari peperiksaan, lebihkan lagi tumpuan anda kepada mata pelajaran seperti ini.
  4. Menilai Keupayaan Anda Anda haruslah menilai sejauh mana anda dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan.


CARA MENILAI DAN MEMBAIKI KEUPAYAAN DIRI SEBELUM PEPERIKSAAN.


1. Penilaian Dari Ujian dan Latihan Ujian / Peperiksaan yang dijalankan dalam kelas merupakan satu bentuk penilaian terhadap kefahaman dan keupayaan anda menjawab soalan-soalan peperiksaan yang sebenar. Berdasarkan keputusan ujian / peperiksaan tersebut, anda akan dapat mengetahui tahap penguasaan anda terhadap mata pelajaran-mata pelajaran anda. Melalui keputusan ujian tersebut, anda boleh memperbaiki segala kelemahan anda bagi menghadapi peperiksaan yang sebenar dengan jayanya.

2. Penilaian Dari Contoh Jawapan Anda juga boleh menguji tahap keupayaan anda dengan menjawab soalan-soalan contoh jawapan. Selepas anda menjawab soalan contoh jawapan, bandingkan jawapan anda dengan contoh jawapan. Kenalpasti di manakah kelemahan anda dan buat pembaikan sewajarnya.

3. Penilaian Secara Lisan Contohnya, seorang pelajar menyoal kawannya dan meminta beliau menghuraikan secara lisan sehingga yang satu pihak lagi berpuas hati.


MENGATASI KELEMAHAN

  • Mencari Sebab (Post-Mortem) Anda perlu mengkaji kelemahan anda setiap kali anda selesai menjawab soalan-soalan ujian. Setelah anda selesai membuat latihan ujian, semak setiap jawapan yang anda buat. Sekiranya jawapan anda salah, lakukan 'post-mortem' (suatu proses mencari sebab kelemahan dan kekuatan). Setiap kesilapan ada sebab-sebabnya dan ini merupakan perkara utama yang perlu anda atasi.
  • Sebab-sebab kesalahan berlaku:
    Anda Tidak tahu - Ini bermakna persediaan anda belum mencukupi. Penyelesaian: Peruntukkan masa yang sewajarnya untuk anda menguasai tajuk-tajuk tersebut.
    Anda Tidak faham - Anda baca tetapi tidak faham. Penyelesaian: Minta bantuan. Bertanyalah kepada guru atau rakan anda.
    Anda Keliru – Anda tidak dapat memahami dengan jelas apa yang anda ingin pelajari atau fahami. Penyelesaian: Tanyakan guru tentang bentuk soalan yang mengelirukan anda. Minta penjelasan dari guru sebelum hari peperiksaan agar kesilapan yang sama tidak berulang.
    Anda Lupa - Ini disebabkan anda kurang mengulangi atau mengulangkaji apa yang telah anda pelajari. Penyelesaian: Kerapkan ulangkaji.
    Anda Cuai – Anda tidak teliti semasa membaca soalan. Penyelesaian: Pastikan anda mengikuti langkah-langkah penting dalam Strategi Menjawab Soalan. Pastikan anda benar-benar sudah memahami kehendak soalan sebelum menjawab.


Umumnya, kelemahan-kelemahan anda boleh diatasi dengan:-

  1. Segera / selalu bertanya kepada guru/rakan tentang masalah anda dalam pelajaran.
  2. Mendapatkan jawapan-jawapan yang betul bagi jawapan yang salah.
  3. Mengulangkaji dan membaca nota-nota anda dengan kerapkali.
  4. Memahirkan diri dengan teknik menjawab soalan berpandukan contoh jawapan.

Latihan Merentas Desa 2010

Isnin (11.1.2010) jam 3.00 petang akan diadakan latihan merentas desa peringkat sekolah. Latihan ini akan dilaksanakan oleh semua rumah sukan. Semua pelajar tingkatan 2 pastikan anda tidak ketinggalan untuk menghadiri latihan merentas desa.

Latihan yang berjaya akan memastikan Rumah Sukan Anda menjadi Juara Merentas Desa 2010.

Mesyuarat Agung Kelab /Persatuan dan Permainan

Perlantikan Jawatankuasa 2010 kelab/persatuan dan permainan telah pun dilantik. Rakan2 tingkatan 2 yg telah dilantik menjadi jawatankuasa diharapkan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dgn baik.

Teruskan rakan2ku.

Tunjukkan sikap dan tingkahlaku yang baik

Mesyuarat Agong Rumah Sukan dan Badan Uniform

Tahniah kepada rakan2 semua kerana kita telah menghadiri diri dan bermesyuarat Agong

  1. Rumah Sukan
  2. Badan Uniform

Kepada rakan2 tingkatan 2 yang telah dilantik menjadi jawatankuasa, diharapkan anda akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dgn jayanya.

Selamat kembali ke sekolah pelajar Tingkatan 2/10

Kepada sahabatku dan guru2ku sekalian,

Alhamdulillah, syukur kerana dengan izinnya kita dapat bertemu dan meneruskan usaha untuk mengejar cita-cita.

Semoga tahun baru akan membawa kejayaan yang lebih baik dalam tahun 2009.

Selamat maju jaya.

Selamat Datang Adik2 Ting 1/10

Kami semua abang dan kakak tingkatan 2 mengucapkan selamat datang kepada adik2 ting. 1.

Marilah kita bersama-sama mengejar cita-cita dan membuktikan bahawa kita adalah murid dan anak2 yang berjasa kepada sekolah, ibubapa dan negara.