BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, September 4, 2009

Bagaimana Cemerlang Dalam Pelajaran

Buat persediaan dari awal dan jangan menunggu hingga saat-saat terakhir untuk mengulang kaji pelajaran.

  1. bertanya kepada guru jika mempunyai masalah dalam pelajaran
  2. belajar secara kumpulan serta berbincang dengan rakan-rakan tentang topik-topik yang susah
  3. menjaga kesihatan dengan tidur yang cukup dan mengambil makanan yang seimbang
  4. menyertai kelas tambahan
  5. membuat latihan kendiri di rumah
  6. menetapkan matlamat harian tentang apa yang perlu dikaji pada setiap hari. Contohnya membuat jadual.
  7. sebagai seorang yang beragama banyakkan solat dan berdoa
  8. melayari internet yang berkaitan dengan pendidikan
  9. elakkan diri daripada tabiat ponteng sekolah kerana hal yang sedemikian hanya akan merugikan diri sendiri
  10. memberi tumpuan kepada guru semasa pengajaran kerana anda mungkin tidak dapat mengikuti pelajaran jika hanya bersembang.


Rujukan bahan: Sinar Mentari/Jabatan Penerangan Malaysia/Edisi Pengenalan

0 comments: